...Words From God~O Allah, The Lord~...

"Closer and closer to mankind comes their Reckoning: yet they heed not and they turn away."

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.." (Al-Anbiyaa':1)

AWAS! Anda berada di zon::Alangkah Indahnya Hidup Ini::

::SELAMAT DATANG:::WELCOME:::

Salam sejahtera, salam singgah, salam melawat, salam menjengok, dan semua salamlah saya ucapan kepada pengunjung rumah saya ni teratak; Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk membaca perkongsian saya di dalam blog ini. Saya juga mengalu-alukan anda untuk 'copy' atau ambil apa sahaja yang ada di teratak saya ini yang memberi manfaat kepada anda. Namun saya mengharapkan jasa baik anda untuk melampirkan link 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' sebagai rujukannya. Ini kerana sebarang artikel yang saya hasilkan sendiri pasti menjadi tanggungjawab saya kepada ALLAH. ^_^

~Moga ' Alangkah Indahnya Hidup Ini' sentiasa menjadi inspirasi anda~
~Moga segala kandungannya dapat memberi manfaat kepada semua~
~Moga dengan 'Alangkah Indahnya Hidup Ini' menjadikan kita sama-sama beroleh rahmat dan hidayah Allah S.W.T..aminnn~

Sekian Terima Kasih.

Monday, January 20, 2014

Jodoh Berdua~

بسم الله الرحمن الرحيم




Jodoh berdua?? eheh, karang tak pasal-pasal Hafiz Hamidun claim hakcipta plak kat saya...huhu *pinjam tajuk sat, tolong promote nih! :D

Kalau masuk entry ni, hurmm..kira dah banyak jugala koleksi entry yang saya tulis bab couple-nikah-kahwin-bina masjid.  (anda boleh cari jejak di sini: Kalau berpacaran~ ) perghh...kali ni pasal jodoh plak..huhu *tapi nasi minyak tak ada bau lagi..kui3.. -_-''' (insyaAllah, doakan ek!)

Sebenarnya sejak zaman matrik lagi, kalau chitchat dengan kawan-kawan dan singgah bab-bab cam gini, saya selalu cakap yang saya nak kahwin awal! huhu seriously, target saya masa tu nak nikah umur 23. (target sekarang naik skitla...hihi) dan sekarang, dah lepas dah target tu..dan lagi, kawan-kawan saya yang masa matrik dulu yang tak cakap nak kahwin awal ramai je yang dah kahwin, ada ramai yang dah jadi mak dah pun! hehe *Alhamdulillah, may Allah bless they all!

At one side, sedihla jugak tak dapat accomplish aim.. sobssobs :(  anyway, at the other side, saya rasa Alhamdulillah dan saya memang sentiasa fikir positif, which Allah knows best, Allah is the best planner, He reserves me a better plan. that's soothing enough...so, keep calm and keep praying hard...(...and keep *usha2 jejaka soleh! eheh! lol :P)

Sebab apa saya rasa Alhamdulillah.....
Sebab,

....dengan tak kahwin awal...Allah memberikan saya pengalaman, tarbiyyah, dan memberi peluang kepada saya untuk merasai sendiri perasaan macam mana nak manage mental, emosi, masa sebagai orang yang 'tak berkahwin awal'...tapi saya tak nafikan, ini juga viceversa dengan orang yang nikah awal@kahwin muda. *(definisi kahwin muda saya: nikah < 23thn) yang mana if orang yang nikah awal, Allah akan beri pulak dia pengalaman, tarbiyyah, dan beri peluang kepada diaorang untuk merasai sendiri perasaan macam mana nak manage mental, emosi, masa sebagai orang yang 'berkahwin awal'. 


Tapi ramainya akan bercakap bagi pihak yang "berkahwin awal". kebaikan, ke'best'an, ke'pro-cons'annya.
Tapi kita sebenarnya kurang nak promosi atau ambil port bagi pihak case macam saya; yang mana 'sek-sek' tak ditakdirkan Allah untuk nikah awal. *ini diskriminasi! hoho (kasihan tau yang tak ada rezeki nak kahwin-nikah awal ni.. huhu)

....sedangkan sebenarnya, cabaran orang yang tak bernikah awal juga tak kurang hebatnya, bahkan boleh jadi lebih besar!
....cabaran itu mencabar dalam banyak perkara seperti yang saya senaraikan tadi; mental, emosi, masa. saya nak bagi contoh yang paling senang...berkaitan "EMOSI".
1) "bila nak jemput makan nasi minyak?" haa tu, soalan yang timbul tak semena-mena waktu dapat jemputan makan nasi minyak kawan atau ketika masa berada di tempat kejadian (baca: kenduri kawen tulah!)

2) seperti biasa, selepas weekend gambar nikah+kahwin+tunang akan memenuhi timeline...*experience is the best teacher! hoho

3) bila orang sekeliling lebih excited dan tertunggu-tunggu bila kita nak kahwin...huhu

4) bila kakak kita dah start guna 'nama anak' dia (a.k.a nama anak saudara kita tu) untuk tanya bila la nak dapat 'paksu/pakcik/pakngah @ maksu/makcik/makngah' (semua pak&mak-lah tak terkecuali..hoho)

5) dan macam-macam lagi soalan yang sewilayah dengannnya...

Amacam?..tak ke stress menjadi 'orang yang tak kahwin lagi/tak kahwin awal'? *hujah backup geng seangkatan..ngeh3 :P

Bagi saya banyak-banyak perkara berkaitan emosi yang saya utarakan tu tak adala saya stress sangat pun..huhu *control macho..pheww~ ...(errrr...except no.2..sebab lately tiap-tiap minggu kot...T_T)

Hurmmmm...anyway, bagi saya it is not that bad, being tak kahwin lagi....as long as kita faham apa tujuan nikah-kahwin tu, kita faham apa makna takdir-jodoh, yang akhirnya tapi sepatutnya yang pertama-tama perlu kita faham, iaitu apa ertinya HIDUP ini.

Secara peribadi, saya lihat masyarakat kita sekarang (khususnya remaja@masyarakat FB; *sebab saya perhatikan perkara ini banyak terjadi versi FB dan realiti juga..)
 
Terlalu banyak membicarakan soal kahwin-nikah awal ini sehingga ia menjadi seolah-olah visi & misi remaja-remaja di luar sana. Saya tidak menolak kahwin-nikah awal, bahkan saya sebenarnya turut menyokong cita & aspirasi berkenaan. (cheewah! ayat cegu BM!..hihi). walaubagaimanapun, saya tak begitu bersetuju sekiranya promosi-promosi kahwin awal ni diambil sebagai jalan pintas untuk kita konklusikan kahwin awal sebagai penyelesaian bagi permasalahan sosial yang melanda remaja kita sekarang (yang saya maksudkan di sini mungkin masalah-masalah seperti couple, zina, pergaulan bebas dll).

Oopsss! tapi jangan silap faham. maksud saya kat situ adalah kita mempromosikan kahwin nikah awal kadang-kadang nampaknya 'agak keterlaluan/berlebih-lebihan'. *err..ini memang 100% pandangan saya. so, harap anda tak emo. haha

Saya juga tidak menolak bahawa nikah memang solusi terbaik.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur 24:32)
NAMUN saya tidak melihat nikah awal sebagai konklusi total. 

Kadang-kadang saya pula yang berasa bimbang apabila melihat remaja-remaja (khususnya yang perempuanlah!) yang sering kelihatan terbuai-buai perasaan dek hembusan 'status/post/ gambar nikah-kahwin, zauj-zaujah' yang sepoi-sepoi bahasa itu...

Memang amat rugilah jika para rijjal dan fattah kita dibuai dengan perasaan dan angan-angan semacam ini. Sedangkan Saidina Ali kwh pada usia remaja sudah menggantikan Rasulullah SAW di pembaringan, lalu dia menjadi sebahagian strategi hijrah nabi. Bahkan pula Muhammad Al-Fateh sibuk membentuk diri untuk menjadi sang penakluk Constantinople. Yang mana ketika remajanya Hassan Al-Banna sibuk memikirkan kecelaruan yang berlaku dalam kalangan ummat sehingga tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.

Nah, apa yang terjadi kepada remaja kita hari ini? Lemah, tidak beragenda, tidak melihat masa hadapan, tertutup pemikirannya kerana visi-misi yang mungkin hanya sebatas nikah-kahwin awal, di tambah lagi fenomena "Cinta Jannah-Saya sebenarnya isteri dia- Playboy itu suami aku" etc yang 'menjadi-jadi'kan lagi angan-angan mat jenin seperti ini.  Sudahnya, kahwin-nikah awal didasari betapa 'dramanya'  perkahwinan itu. Hilanglah kebaikan, ke'best'an, ke'pro-cons'annya kahwin-nikah awal yang sepatutnya difahami hakikatnya. 
(yang kahwin-nikah awal atas kefahamaan, persediaan yang betul tu baguslah! syabas! =D, yang saya cakap ni yang kes lain sikit..huhu)
"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata." 
(An-Nisaa' 4:120)

"Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf) kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka)." 

(Al-Hijr 15:3) 

Maka, bagi saya...tidak mengapa tidak kahwin-nikah awal@ tak-kahwin lagi pun,  La tahzan! *pujuk diri sendiri..hihi

Sebab...
Masa muda dan single-mingle inilah yang seharusnya kita fully-utilized kan untuk membangun semua potensi diri. menyemai benih di ladang amal dengan sebanyak-banyaknya.
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana perkahwinan akan memelihara pandangan dan kemaluan kamu. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. – (Hadis Nasai dan Abu Daud).

Hadis lain menyebut, "Wahai sekalian pemuda, sekiranya kamu berkemampuan, berkahwinlah dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. – (Hadis Bukhari).

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Wahai sekalian pemuda, Barangsiapa dari kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, kerana nikah itu dapat menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu baginya menjadi sebagai perisai (mengurangi syahwatnya)”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kadang-kadang apabila terlalu banyak membicarakan soal jodoh-nikah-kahwin pada usia 'kahwin awal' (mengikut definisi saya tadi)...bagi saya ini adalah penyakit. Apabila sudah di post di FB itu, maknanya simptomnya sudah mula kelihatan. sekali-sekala tidaklah mengapa. mungkin sekadar berkongsi rasa...tapi kalau dah selalu....memang masalah tu! 

Adalah lebih baik buat persiapan untuk diri sebagai persediaan kahwin-nikah tu. caranya bagaimana? (rujuk: Entry ke-100: [~Terbinanya Masjid itu~]) jadi, mengepos 'status/post/ gambar nikah-kahwin, zauj-zaujah' yang sepoi-sepoi bahasa itu bukanlah cara yang tepat untuk melakukan persediaan untuk diri ye!

Berkaitan jodoh pula, ia bukanlah perkara sembarangan yang boleh kita jangkakan. orang yang bernikah-awal mungkin cepat jodohnya. maka, yang belum berkahwin/tak kahwin lagi mungkin lambat jodohnya. Usahlah membicarakan sesuatu yang memang bukan kuasa kita. Pening kepala 'yang kena tanya' nak jawab apa. kalau saya, jawapan standard senang je; "insyaAllah, doakanlah!" settle! haha :D

Kita lebih excited nak ambil tahu tentang jodoh orang; yang kita dan dia sendiri tak pasti, namun kita sering terlupa "jodoh" yang sememangnya telah dulu 'jodoh berdua' kita..iaitu  MATI


*sentap tak?? sentapkan..hoho
Cukuplah Allah sebagai kekasih,
Cukuplah Al-quran sebagai penghibur,
Cukuplah MATI sebagai pengingat!

Jadinya, adakah kita telah mempersiapkan diri kita sebagaimana mungkin kita mempersiapkan diri untuk nikah-kahwin???? *Allah, Allah! ketuk diri sendiri ni! atau mahukan kita 'Jodoh berdua' kita dengan cara se-tragic "Tanah Kubur" atau mahu pengakhiran yang seindah Khusnul Khatimah!

Maka, tepukla dada...tanyalah iman. sejauh mana, sekadar apa... wajah 'jodoh berdua' sebenarnya yang kita mahu.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(Ali-'Imraan  3:185)


 Selamat mengambil ibrah! ^_^


___________
p/s: snack to digest~: Do read up, guys!
p/s: rijjal/fattah= remaja/ pemuda

 


 

(:alangkah indahnya hidup ini>>>... 'Jodoh Berdua' sudahku tahu!! :)





 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,1:06am, Isnin,20-Januari-2014, 18 Rabi'ulawwal,1435-

Wednesday, November 27, 2013

Ibrahnya; Si Spongebob!

بسم الله الرحمن الرحيم


Tadaaaa! Its november! ahaa. (padahal dah sampai tengah bulan dah.. :P) anyway, how was it? harap Allah permudahkan segala urusan anda melalui bulan november ni!

Sebenarnya mood macam baik sikit harini so ini rasanya first time kot, pop-out idea dan tak simpan lama, terus taip kat laptop sebab nak share dalam blog..aha.. *(oops...tak sempat nak post on-time sebenarnya sebab banyak sangat nak kena taip rupanya..hehe)

Ok. seperti tajuk: its spongebob.square.pants.




[sebenarnya nak letak gambar kat sini, tapi line internet begitu mencemburui. nantilah bila-bila saya edit kasi masuk gambar, ok?! ;)]

Kenal tak mamat 'span' ni?! haha

Hidup di 'BumiTarbiyyah yang seterusnya' ini, (yang saya namakan dia MES..hehe) membuatkan saya jarang tengok TV..(ok, sebenarnya saya memang jenis yang tak berapa suka menonton TV pun). tambah-tambah pulak, asal buka TV je mesti time spongebob squarepants...(al-maklumlah, biasa lepak kat ruang tamu masa makan, so waktu tulah baru buka TV). dulu-dulu masa jaga anak sedara saya si kakak hasya tu selalu jugalah layan mamat span ni...tapi tak sangka plak, sampai sini pun kena layan katun ni...huhu (pasrah jela...) so, hari ini nak cerita sikit satu scene dari spongebob squarepants hari ni...

Tadi, spongebob tengah tengok filem pasal robot yang cuba nak menakluki dunia...lepas tu punyalah takut, sampai dia terbawa-bawa dalam mimpi yang robot tu nak kejar dia...esoknya spongebob pun pergi kerja kat cafe mr.crab...disebabkan masih teringat-ingat igauan filem pasal robot tu, spongebob tak dapat nak fokus buat kerja kat cafe mr.crab tu. semua benda dia terbayangkan robot...sampai daging burger pun dah nak hangus..huhu pastu apa yang mr. crab buat pun semua dia ingat mr.crab tu pun macam robot...sebabnya 'konon'nya dia berjaya buktikan ciri-ciri 'robot' pada mr.crab..

.....sebab mengikut kata filem yang spongebob ni tengok semalam...robot ni ada beberapa kriteria;

1) Bercakap bahasa pelik dengan mesin "bababobobababbobobabo"

Masa lepas hantar order, masa spongebob lalu depan bilik mr.crab dia telek kat cermin pintu mr.crab dan dia nampak mr.crab tengah pegang telefon dia dan cakap "bababbabbaobobobo" dekat telefon tu....masa tu spongebob ni da cuak da...

2) Menari tarian pelik...

Oleh sebab cuak sangat, spongebob pun tengoklah lagi perlakuan mr.crab dari cermin pintu...dan lebih mengejutkan  bila dia nampak mr.crab  menari (cam tarian sotong...tapi style yang cam robot...haha) masa tu lagila spongebob ingat ada adegan dalam fiem yang tunjuk robot pun menari camtu...

3) Robot tak ada perasaan gembira...

Disebabkan takut sangat pulak, spongebob pun mengadulah dan ceritalah apa yang dia rasa pada kawan dia...(ala..lupa plak nama dia...eh, squidward kot....) mula-mula kawan dia ni tak mau percaya dan dia kata jom la kita uji mr.crab... then dia pun panggillah mr.crab tu...bila mr.crab datang si squidward ni buatla satu lawak (yang tak bapa lawak pun sebenarnya..ahah) tapi mr.crab buat dek je...tak ketawa pun. jadi ini menambahan lagi spekulasi spongebob...

4) Robot tak ada perasaan sedih/tak menangis...

Untuk menambahkan lagi "evidence based" dakwaan spongebob terhadap mr.crab adalah robot, maka dia pun nak uji lagi mr.crab. so, squidward pun panggillah mr.crab sekali lagi. lepas tu spangebob kononnya buatla satu cerita sedih tentang squidward... dan bila dengar cerita yang 'kunun2' sedeh, skali lagi mr.crab selamba je buat tak tau cam tak ada perasaan dan suruh spongebob & squidward sambung buat kerja. ha..tuh tinggal brapa persent je lagi nak confirmkan mr.crab tu ROBOT!  squidward pun dah nak terpengaruh da, tapi atlast dia tanya spongebob, "apa lagi ciri-ciri yang ada pada 'seorang' robot" spongebob pun kata ada lagi satu iaitu;

5) Robot akan bermata merah dan akan keluar dangan marah... (lebih kurang camni nak describe..)

Pastu squidward pun panggil lagi sekali si mr.crab; "mr.crabbbbb!!" (ala-ala.....panggil....'rotiiiiiii'.. *aha ingat tak iklan nih?! legend punya iklan..hihi) ok, tak lama lepas tu mr.crab keluar dengan mata merah dan seperti sangat marahhhhhhh!! lepas tu apa lagi, kecutla perut si spongebob dan squidward bila tengok mr.crab macam tu.

Then diaorang pun fikirkan strategi macam mana nak bagi 'robot' dalam diri mr.crab mengakui yang dia adalah robot dan bukannya mr.crab yang sebenar. lepas tu diaorang decide untuk buat penyiasatan (ala-ala polis tu..) so diaorang tangkap mr.crab dan ikat mr.crab. mula-mula tu diaorang tanya elok-elok, tapi 'robot mr.crab' tak nak mengaku yang dia adalah robot. dia  asyik cakap..."akulah mr.crab!!" banyak kalilah dia ulang setiap kali spongebob & squidward tanya.

Spongebob & squidward mula nak main kasar la..haha diaorang pun lempang tampar mr.crab..*ouch..snapppp! sakit wooo!  bukan sekali ok, banyak kali diaorang tampar mr.crab. huhu tapi tak jalan juga...'robot mr.crab' still cakap "akulah mr.crab!!"....

Bila dah tak berjaya cara tu, dapatlah pula akal si spongebob & squidward ni untuk guna mesin sebab mengikut kata si spongebob ni tadi, bahasa robot hanya mampu difahami oleh robot juga...
Mula-mula diaorang ambil blender dan paksa mr.crab untuk mengaku kalau tak, diaorang pecahkan blender dia....tapi mr.crab tak mengaku juga.. dia just kata lebih kurang "jangan pecahkan, tu barang kedai dia yang dia sayang" (siap sebut berapa harga benda alah tu...al-maklumlah mr.crab kan berkira-kira sikit tentang duit ni..ahha)

Bang! pecah blender sebab mr.crab tak mau mengaku.

Ambil pulak toaster.

Bang! pecah juga!

(ada la beberapa mesin lain da tak ingat da..huhu)...tapi yang last sekali dieorg ambil mesin cashier.

Mr.crab kata lebih kurang "oh tidak......" jangan! itu harta dia yang paling dia sayang. yang dia mula-mula beli masa nak mulakan perniagaan dengan usaha dan modal yang sikit dia ada. kira tinggila sentimental valuenya tu...tapiiii.....

Bang! pecah juga!


krirk.krirk.krirk....


"huwaaaaaaaaaaaa"


Mr.crab dah banjir!! T_T T_T T_T

squidward: spongebob, bukankah robot tak boleh nangis?
spongebob: memang benarlah macam dalam filem tu.
squidward:tapi......mr.crab menangis! ni menunjukkan ini memang mr.crab yang sebenar!
squidward lagi: spongebob, jadi apakah kesudahan filem kamu itu?
spongebob: hurmm...(sengih kerang busuk...) oh, pengakhiran filemnya agak happy ending bila robot itu sebenarnya bukan robot!!! (pastu boleh plak gelak...)
*dialog dah di'simplify'kan...hehe

Mr.crab dah meraung kat situ, yang si spongebob & squidward dah cabut larii!! hisyh3....=_=''''

Oooooopssss!! TUNGGU! STOP SCROLL!

Ok, cuba fikir apa agak-agaknya ibrah yang anda dapat daripada cerita spongebob yang dah saya hikayatkan ni?? (aha..saya tahu anda tetap akan scroll punya!! haha :P)
*

*

*
Ok, dah ke?
Ok, good! ^_^ 
Jom tengok ibrah yang saya dapat pulak! :)


**********

Ibrahnya; Si Spongebob!

  • Betapa tingginya darjat/maqam/level bersangka-baik. walaupun kita mungkin telah dipertontonkan dengan bukti-bukti mata kasar...kerana Maha Suci Allah yang lebih tahu.
#BehindTheScences

1) Mr. crab tengah kira duit untung kedai dia sambil dengar radio, tetiba ada satu lagu yang dia suka.lepas tu dia pun telefonla Dj untuk mintak lagu tu diputarkan sekali lagi. bila Dj tu tanya lagu yang mana, tu la mr.crab cakap; "bababobobababbobobabo". kira cam humming balik lagu tulah!

2) Lepas tu Dj putarla lagu tu sekali lagi. oleh sebab happy sesangat..mr.crab pun menarilah..rock'nroll tu..huuhu

3) & 4) Mr.carb malas nak layan perangai budak-budak dua orang tuh! haha

5)  Mr.crab baru je nak ambil telur rebus separuh masak dia...tiba-tiba squidward panggil "mr.crabbb!!" terkejut pakcik crab ni..sampai terlepas penyepit telur dan telur yang panas-panas pecah kena mata dia..that why la.......mata dia merah, dan keluar macam nak marahh!
"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu." (An-Nisaa 4:126)

  • Selidiki maklumat yang sampai kepadamu...jangan biarkan kita terjerumus ke dalam fitnah..pastikan sumber kita sohih! 
(buat apalah si squidward ni percaya bulat-bulat kata2 si spongebob, padahal spongebob tengok filem je..bukannya rujuk jurnal pun..haha)  
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)

  • Umat Islam seharusnya mempunyai jati diri yang kuat dan takkan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mampu menggugat pegangan dan prinsip kita dan perkara yang penting untuk menjamin perkara ini adalah dengan adanya; ilmu (kefahaman yang tinggi sehingga tidak mudah diperdayakan dengan hujah-hujah dangkal) dan amal yang istiqamah. 
(kalau spongebob mampu berfikir sedikit rational dan logik pun dah boleh selamatkan keadaan, iaitu memang tak masuk akal untuk robot menakluki dunia sedangkan robot manusia yang cipta...dan begitu juga dengan kita; memang tak logik kita nak menguasai dunia sedangkan 'dunia bukan ana yang punya'!)
  
 "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (Al-Baqarah 2:208)

  • Tetaplah dalam landasan kebenaran meskipun terpaksaan melalui banyak kepayahan
(lihatlah betapa istiqamahannya mr.crab mempertahankan 'aqidah'nya sebagai seorang mr.crab sebab dia memang bukan seorang 'robot'!! sehingga terpaksa mengorbankan harta dan jiwanya...)

"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya." (Al-Baqarah 2: 207)


Selamat mengambil ibrah! ^_^


____________
p/s: ooopss! rupanya ini entry pertama 1435H! ^_^


(:alangkah indahnya hidup ini>>>... bila kita sentiasa berbaik-sangka!! :)







 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,1054pm, Sabtu,16-November-2013, 12 Muharram,1435-

Monday, October 7, 2013

Allah will ease you, no matter what~

بسم الله الرحمن الرحيم


sejak-2-3-menjak yang lepas, selalu je sebenarnya saya menjengok rumah saya ni.

rasa bersalah.
bertimpa-timpa.
4 bulan.
hampir 4 bulan tak update!  *bukan hampir, memang 4 bulan pun tak update!
wohaa!

baru je haritu berazam nak istiqomah update satu artikel sebulan...huhu
nampaknye satu artikel sebulan pun cam tak mampu. T__T
lemahnya saya...ohhhh! T__T *nangis lagi..sobs2!!
mungkin kena kecilkan lagi skala tu.
mungkin patut 2 bulan sekali post artikel .
*tapi tak mau-tak mau...macam teruk sangat je kalau sampai macam tu!

habis tu sekarang?
sekarang, super-duper teroklah jawapannya! *feels soooo bad!

bulan 7. bulan 8. bulan 9.
ok, saya berhutang 3 artikel! *wajibat untuk diri sendiri, biiznillah!

ini artikel oktober. hehe ;)

'dolo-dolo' ada je saya mengarut dan beritahu sebab/alasan kenapa kadang-kadang saya tak update atau tak post artikel. dalam post ni ; {pandanganlah hidup dgn mata hati...}
saya beritahu alasan yang agak 'cover2' juga sebenarnya. ketiadaan artikel baru biasanya memang disebabkan banyak faktor. namun ada beberapa faktor juga yang mendahului carta 'sebab apa tak update' tu..

kadang-kadang.....

~saya tak update mungkin sebab saya sedang mengalami musim-musim futur...
[mungkin sedang cuti panjang kat rumah, boring tak ada benda bermanfaat yang saya buat. mana mungkin saya mampu/sanggup hasilkan artikel bila mana futur sedang bermahajalela di jiwa saya. mana mungkin saya mampu/sanggup hasilkan artikel bila mana mutabaah 'amal saya ke laut. mana mungkin saya mampu/sanggup hasilkan artikel bila mana artikel itu tidak mampu menyentuh hati saya sendiri bahkan pula mahu menyentuh hati orang lain...]

~saya tak update mungkin sebab saya memang tiada hati untuk menaip...
[ini biasanya berkait-rapat dengan sebab di awal tadi. saya memang tidak akan menulis andai waktu itu saya memang 'tiada hati' untuk menulis. biasa saya memang sering ulang baca artikel saya sendiri. ketika saya rasa susah mahu ikhlas atau  merasa penat dalam amal, saya baca kembali ~fastabiqulkhairat! ketika mana saya rasa kecewa dengan apa yang berlaku di sekeliling saya ~Berlapang Dada menjadi peneman saya. ketika mana jiwa saya terasa kosong, saya basahkan dia dengan ~jiwa kacau... ya, artikel yang saya tulis semuanya untuk diri saya sendiri... jadi, saya bimbang andai artikel yang saya hasilkan ketika 'tiada hati untuk menulis' itu nanti gagal untuk membangun jiwa saya pada suatu saat saya perlukannya; jiwanya. rohnya. semangatnya...]

~saya tak update mungkin sebab memang saya berhalangan...
(berhalangan dari segi, masa, tempat, dan barangkali alatan. terus-terang, untuk hasilkan sesuatu artikel...saya jenis yang mengambil 'agak' banyak masa. jadi saya tak suka terburu-buru menaip dan post. kadang-kadang banyak kali baca baru saya post ke layar rumah saya ni. dah 2-3hari, dah puas-hati baru saya post entry...)

mohon terima alasan saya...*ini versi ambil hati...hehe :D

ini mukaddimah.
cam biasalah!

haha.


********


Allah will ease you, no matter what~


pernah tak anda rasa 'down'?
serius. rasa down sangat-sangat! *ini bukan sebab anda tengah baring sambil tengok orang yang  berdiri depan anda. ok?!

tak kisahlah apa pun sebab ke'down'an tu.
pokoknya, anda down!

saya? kadang-kadang. nak kata selalu tu taklah. sebab emotional managament saya kira mantopp juga sebenarnya..haha *harap maklum, tuan punya artikel..'masuk lif tekan sendiri' adalah perkara biasa. moga anda tak ada alergi! huhu :D

......dan di saat down tu, anda tak tahu nak cakap kat sapa. nak mengadu kat sapa, bagaimana, apa?
yang mana kalau anda cerita/share/mengadu kat sesiapa pun mereka takkan faham.
yang mana kalau anda cerita/share/mengadu pun anda akan still rasa tak relieve.

selalunya if saya rasa down atau menghadapi masalah, biasanya saya akan menangis.
serius! betul ni. menangis.
menangis akan buat kita rasa sedikit lega sebenarnya. 
tapi di sebalik kita menangis tu kita sentiasa lupa nak mengadu gundah-gulana kita kat Allah, kan?
if anda betul-betul nak rasa relieve yang maha dahsyat, jom cuba tips yang saya nak kongsikan ni.. :)

sebenarnya saya tak tahu nak kongsikan feel ni macam mana tapi saya akan cubalah gambarkannya so that kita sama-sama boleh cuba 'rasa'..eheh.

selalu tak dengar orang kata, kita kena cintakan Allah, kena cuba dekatkan diri dengan Allah...etc. bla.bla.bla...

then ayat atau kata-kata seterusnya yang kita akan dengar pulak adalah..seperti...kita kena solat, berzikir, baca Al-Quran...dan lain-lain perkara yang sewaktu dengannya..*saya tak payah senaraikan, anda mesti tahu! ;)

it sounds cliche. dah boring. tapi memang itulah hakikatnya 'jalan-jalan' untuk kita cinta&dekat dengan Allah. tapi juga, sebenarnya banyak lagi cara yang boleh kita buat/amalkan dan hayati untuk capai cinta&dekat dengan Allah.

but then bagi saya, cinta dan tahap kita dekat dengan Allah tu terlalu abstrak dan subjektif. ...dan semua tu bergantung kepada 'feel' yang kita rasa sendiri dalam hati, jiwa, fikiran, diri kita...sejauh mana kita nak kata kita ini cinta or dekat dengan Allah.  

ada orang or lebih tepatnya; mungkin kita sendiri yang dah solat, puasa, zikir etc ni...belum tentu dapat rasa cinta & dekat dengan Allah! betulkan?

sedangkan Allah dah kata dengan jelas dalam Al-Quran...


"...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah..." (2:165)

"..sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu..." (2:186)


sooo....keypointnya....

if nak rasa cinta dan nak hati kita dekat dengan Allah senang je....
kena selalu memohon kat Allah. 
memohon; mengadu dan meminta kepada Allah dalam semua perkara.
jadi je apa-apa, cari Allah dulu.
ada je masalah, cari Allah dulu.

selalulah menangis dan mengadu semua isi hati kat Allah.
lepas solat, berdoalah dengan sungguh-sungguh.
ceritalah dekat Allah apa yang kita hadapi, apa yang kita alami, apa yang buat kita down tu.
cakaplah kat Allah; "Wahai Allah, jika aku tak mengadu kepadaMu pun, pasti kau yang lebih mengetahui keadaanku."

berdoalah dengan hati yang bersungguh-sungguh; "Wahai Allah, aku ini penuh dengan kelemahan, maka tolonglah aku!"

menangislah sambil berdoa; "Wahai Allah, Kau angkatlah kesedihan dan kegelisahan yang melanda hatiku, sesungguhnya Engkau sajalah yang dapat memberi ketenangan kepadaku."

jadikanlah Allahlah sebagai tempat persandaran hati kita, tawakkal yang tiada lagi tertinggi selain kepada Dia; "Wahai Allah, cukuplah Engkau bagiku, sesungguhnya berangkatnya aku dengan hati yang bertawakkal penuh kepadaMu!"
Demi Allah, zat yang memegang jiwaku...
kepadaMu aku serahkan takdirku..
kepadaMu seluruh jiwaku bertawakal...
(Athirah Taha, 2013)



________________
p/s: tak ke overboard ayat-ayat doa tu? haaa tu, tak ke berchenta dengan Allah namanya kalo cam gitu?! eheh :D
p/s: mahukan lagi ayat-ayat berchenta dengan Allah; {Musibah itu 'hadiah' yang Allah beri...}
p/s: teringat masa UO widak dgn mas'ul yang dichentai kerana Allah, haritu kteorg chat pasal hikmah ujian. sedikit sebanyak entry ni inspired by skype hari tu...T_T





(:alangkah indahnya hidup ini>>>... kerana Allah, lebih tahu kesusahan hambanya.! :)







 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,8.06pm, Selasa,8-Oktober-2013, 2 Zulhijjah,1434-

Tuesday, June 25, 2013

Special bond with Ramadhan Kareem~

بسم الله الرحمن الرحيم




 Alhamdulillah, this will be a June entry. yup, it an 'a'...huhu 

Praise be to Allah, the One who's with His gracious allows and gives me a piece of mind...thus, comes this article.

It was 2009. The year i've started blogging arena and if i'm not mistaken there're few post about Ramadhan.. Alhamdulillah! ;) and there were two which outstanding most (in my sight); ....banyak yang BELUM...dan masih BOLEH kita perbuat~~ & Ramadhan Oh Ramadhan..

huh! saje amik mood sebab tajuk post dalam English...*anti-climax...haha :P  ....dan kadang-kadang bila duduk di'seberang' ni memang sengaja mahu menguji 'kekaratan' bahasa ke-2 ini..-_-''


______________
Banyak hal dalam hidup kita sering 'take for granted'. 

Betulkan?

..dan kadang-kadang kalau kita tak take-for-granted pun mungkin kita 'terlupa' sebenarnya *ok, berbaik-sangka..huhu

kita biasanya akan mudah take-for-granted dengan perkara-perkara yang kita senang nak dapat...

Betulkan?

kita selalu take-for-grated dengan Islam yang kita 'peluk' sejak lahir....
kita selalu take-for-grated dengan rezeki yang Allah beri....
kita selalu take-for-grated dengan mak ayah kita....
kita selalu take-for-grated dengan tak menghargai orang lain....
kita selalu take-for-granted dengan kesihatan yang Allah bagi...
kita selalu take-for-granted dengan makanan yang kita dapat...
kita selalu take-for-grated dengan nasihat yang orang berikan...

kita selalunya take-for-grated untuk perkara-perkara yang sebegini sebab kita 'tak rasa'....

kita tak rasa betapa susahnya dan betapa terasa 'kehilangannya' dalam mencari agama yang benar. kita tak rasa betapa peritnya jalan nak mencari Allah!
kita tak rasa rezeki tu dari Allah, sebab kita ada mak ayah untuk kita minta macam-macam... (termasuk saya! huhu)
kita tak rasa macam mana orang yang yatim piatu...tak ada mak dan ayah...
kita tak rasa yang berterima kasih, meminta maaf dan mengatakan 'tolong' itu satu keperluan sebab itu tandanya kita menghargai orang lain...
kita tak rasa yang kita perlu jaga tubuh kita supaya dapat beribadah dengan baik kepada Allah...
kita tak pernah rasa yang makanan tu penting untuk orang yang kebuluran...
kita tak pernah rasa nasihat itu untuk kita sebab bukan kita yang cari nasihat tu...

....dan sebenarnya banyak sangat benda yang kita selalu take-for-granted.
....dan sebenarnya juga sebab yang selalu menjadikan kita take-for-grated biasanya adalah kerana kita tak faham (atau mungkin kita buat-buat tak faham), kita tak amalkan, yang menyebabkan kita 'tak rasa'.

kita tak rasa Islam tu 'Islam-kita' bila kita tak faham dan tak amalkan Islam. 
kita takkan rasa nak menghargai sesuatu kalau kita tak bersyukur.
dan sebab yang mudah kita 'tak rasa' adalah sebab kita tak 'kena'.

tapi....kenapa perlu 'kena' baru kita nak 'rasa'?

Betulkan? 

Sebenarnya boleh je kita nak rasa tanpa perlu 'kena' dulu. 

tapi....macam mana?

macam ni... 

put a little bit sensitive, do it as the habits, and we will live it as we use to it! 

simple. 

mukaddimah. huhu *stres? chill, saje je bagi  sentap sikit...kui3...:D


______________
Macam juga Ramadhan, kita selalu take-for-grated dengan ramadhan, kan?

Ramadhan yang datang pada kita itu hanya sekadar Ramadhan. 
Ramadhan pada kita adalah hanya bila yang biasa kita buat yang mana berpuasa di bulan Ramadhan.

Kita tak rasa itu 'Ramadhan-kita'. 
Hak kita yang memang Allah bagi kat kita!

"Allahuma bariklana fi rajjab wa syaaban wabalighna ramadhan.."Ya Allah berkatilah kami di bulan rejab dan syaaban,dan sampaikanlah kami bulan ramadhan.. 

Ini doa bila menjelang Ramadhan. 
Dulu, para sahabat memang menanti-nantikan kedatangan Ramadhan malah perginya ditangisi.
Kini, kita...entah benar atau tak, mahu sampai kepada Ramadhan...*na'uzubillah! 

kita terlalu 'take-for-granted'kan Ramadhan.
sebab kita tak rasa pun Ramadhan itu untuk kita. 

takkanla bila kita 'tak sampai' kepada Ramadhan, baru kita nak 'rasa' Ramadhan tu 'Ramadhan-kita' ? #get what i mean? this is sarcastism...hoho (@__@)

dan kita tak rasa Ramadhan tu 'Ramadhan kita' sebab kita tak live life to the fullest dengan Ramadhan. 

macam mana kita nak live life to the fullest dengan Ramadhan supaya kita rasa Ramadhan tu Ramadhan-kita??

sooooo...here it goes~

*********

 Special bond with Ramadhan Kareem~


 Ambil aura Ramadhan kareem....dengan cara dengar lagu-lagu ramadhan (ramadhan songs)  eg: boleh dapat dalam artikel yang ini: ....banyak yang BELUM...dan masih BOLEH kita perbuat~~ 

 Banyakkan puasa di bulan Rejab & Syaaban....kalau dah biasakan puasa Isnin khamis sangatlah bagus!

Banyakkan baca Al-Quran sepanjang bulan Rejab & Syaaban

Banyakkan istighfar  sepanjang bulan Rejab & Syaaban

Banyakkan berdoa untuk sampai kepada Ramadhan...

Berdoalah penuh spesifik: 
Ya Allah, sampaikan aku pada Ramadhan kali ini.
Ya Allah, jadikan aku mencintai Ramadhan dengan sangat!
Ya Allah, jadikan Ramadhan kali ini untuk aku melazimi qiamulail.
Ya Allah, jadikan Ramadhan kali ini untuk aku tak tinggal solat.
Ya Allah, jadikan Ramadhan kali ini untuk aku mmebaiki akhlakku. 
etc.  p/s: do make your own! ;D    

Boleh buat target atau niat atau azam untuk Ramadhan kareem! 
[Athirah Taha's FB]
Ini projek saya untuk imarahkan ramadhan kali ini...^__^#Saya selalu mengambil inspirasi dan terinspirasi dari status dan artikel di FB ni... saya nak jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. #Semoga anda terinspirasi untuk melakukan seperti ini malah moga lebih baik dari yang mampu saya lakukan. #Semoga Allah menjaga hati. =)

Hope to inspire your Ramadhan, our Ramadhan Kareem~ ;)


Maka, rugilah orang-orang yang tidak berdoa dengan sangat dalam bulan Ramadhan yang lalu. Moga aku tidak celaka.


Maka, rugilah orang-orang yang tidak memohon keampunan dalam bulan Ramadhan yang lalu. Moga aku tidak celaka.


Andai saja kita tahu dan dapat menikmati Ramadhan.

(Athirah Taha, 2012)



 _______________
#macam teks masa bagi pengisian TamanSyurga dengan adik-adik haritu pulak gayanya! dapat idea dari situ...hehe ^_^




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bila Ramadhan itu 'Ramadhan-Kita'! :)







 ~~JagaDiriHiasiPeribadimuDenganAkhlakMulia~~
...wallahu'alam..
-MES,10.17am, Selasa,25-Jun-2013,16 Syaaban, 1434-